Friday, June 29, 2012

Bendera Hills

Assalamualaikumm wbt...

yess! on this friday night, i have been settled my job my respnsblity as muslim! muslimin & muslimat yg lain,da sttle ke? then tmorrow dont 4get bca surah al-kahfi k.. honestly lah aku mmg loamy giler nk bca surah tu sbb pnjang sgt2,,lg pnjang dr surah yasin..but actually klau buat ikhlas demi Dia, insyaAllah..pnjang mna pun ayat,smua msti xsdar... it doesnt matter la,tup tup haa! da nk hbis! pcya lah~~...sdikit info:


1.Abu Sa`id al-Khudri Radhiallahu`anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallallahu
`alaihiwasallam bersabda:
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan Cahaya di antara dua Jumaat."
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan Jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya"
3. Daripada Abu al-Darda 'bahawa Nabi sallallahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa yang menghafaz Sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal".

IF ALLAH WILLING IT, INSYALLAH!

so now tiba utk online! heh..heh.. (sambil lyan lgu butterfly-melly ft andhika) haa,,dr hr tu ak ckp nak msuk gmbar2 msa g bukit bndera ke blog,tp asyik lupa dan sbenarnya malas sama..Hihi.. p dgn rakan2 zman skolah mnengah, sape lg lah klau bukan si Nadia, Afiqah & Munirah tu.. actually ada ja yg lain nk ikut,tp ada ja problems nya.. xda duit la most prblem yg asyik kluar..ini main point ok,haha.. xkisah la,,jnji kwan ingat kwn pun sudah ckup... bg aku,xsmestinya kluar dgn kwn tu adlah kwn yg tbaik,, jnji d hti ni xlupa sudah memadai... ;D

19jun 12 (slasa) travel lah 4 mnusia ni ke bukit bndera, penang. mula rncang nk ke pulau jrejak, ai cik kak, pulau nu utk couple & jungle trekking je,,klau nk tgk indah alam, tmpat lain boleh lah.. tp ak sbenarnya xksah lgsung,p mna pon ok.. ak ni bgus,xmngada.. kih3.. plus kwn yg nk g,xkan kita nk ckp xnak kan..xbaik,hti msti kna jga jgk..sbb ak pnah g,so ak tahu lah mmg xbest klau stkat p utk 1 hr.. dsana ssuai g utk 3 hr 2 mlm ke,,ada pkej2nya...

sesampai dsana naik lah trainnye..silap xbawa kad plajar, so pd ssiapa yg nk ke sna bwa ja kad pljar ka,kad apa2 pun xpa,,so dpt la murah... naik tren p & balik 4rgt je,, hey naik bas rapid pon lg mahal ok! haha..mnyesal pulop xbwa kad pljar! -__-

back ticket

front ticket


here we goo! from left nadia, ikah and muni..

yummyy..chicken rice RM 5.00 -__-

on canyon height@hill.. hee

ohh please,another peace..camwhore!

just walking and snapping our memories..

again at Bazaar road..

ferry cabin, oh titanic not here ok..haha

again to camwhore.lets pray! <3

ok la sdkit sbnyak kami enjoy la jgk,, tp masa sgt mncemburui.. dlm 1 hr dpt g bukit bndera, bazaar & pdang kota, plus extra naik kabin fery..dlm 1 hr,ok sgt la tuh..rasa nnti nk p lg,,lbih ramai dgn lbih advnture tu! cewah! hehehe... dah plnning msing2 stju nk hiking pulak, b'khemah & trokai lautan alam.. hope Allah willing lah, g rmai2 travel ke pulau tioman ke, pulau pangkor ke,, sronok tu,,duit pun kna bnyak simpan la pika aii... huhh! duit oh duit.. mna mau rompak hah? hehe...
have a nice day friends...assalamualaikumm..... ;)

Thursday, June 28, 2012

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN

[repost]

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.




Monday, June 25, 2012

ohh aisyy krimm!

Assalamualaikum..

NOW ni dah msuk hr isnin,aku cuti! yess! sbb pg nnti nak hntar adik ak g kedah..so bleh2 jalan2 skali kt sana.. tp ak tpikir,apa yg ada kt kedah tu? ak jrg bjalan so mmg xtahu tmpat2 kt belah Alor Star sana.. otak ak klau sbut kedah, lgkawi jela yg wujud.. hehe..

jujur la ak ni murah snyuman sikit..hmpir smua pkguard pcific ak snyum tegur2.. yg mna ok,mmg ok la..tp yg mna pkir lain mcm ni tiba2 prasan & mlmpau2 pulak.. tu yg pling ak mluat.. dah kita buat baik,dia lg nk lebih.. srius geli..ada smpai dlm 1 hr lalu dpan ak dkat 10x.. think psitif diorg kna jalan mrata2.. k fine.. herrhh..

tp apa yg ktara td,tiba2 dtg dpan aku ckp "brapa percent kasut ni?" ak pun jwb "xda prcent2 pun, mmg hrga 19rgt" jwb smbil snyum sbb msa ni xdpt dtect lg 'kgatalan' dia tuh! then dia jwb "nak beli mcm mna marka pon xdakk.." teroossss ak dah pkir hah sudah gtal rupanyaa! then dia tnya lg "dah kahwen blum?" euurrr....geli sgt... ak xmmpu nk bt apa mlainkan bjalan plahan2 ke blakang.. dia tnya lg  "student lg ka?" (msa ni da jauh) ak pun angguk.. itu yg bt ak nk muntah hr ni..

tp apa yg lawaknya hr ni,lain pulak. mcm biasa bila rehat tmpat aku d surau.. dlm pjalanan tu ak akn mlantak dulu.. tiba2 hr ni trasa nak makan ice cream! then ak beli lah ice cream mcD yg tmbah coklat d atas tu.. lpas tu jalan la kaki dgn makan ais krim bsama hati yg riang mnuju ke surau.. spnjang pjlanan, ade je mnusia nk pndang aku..

tahu x,bila ada org pndang2..kami tmbah2 wanita ni mudah prasan,TAU TAK!!! Ya Allah..ak xsdar yg ak sdang mmalukan diri sndiri..smpai je kt surau.. tiba trsa nk pndang cermin..yela, mna tahu ada apa2 yg jelik buat org nk tgk2.. skali mmg pon!!! gara2 chocotop tu mmg mulut ak sgt comot! aarrghhh!! balik surau ak xlalu dah jalan td! sggup ikut jln jauh sikit! malu punya pasal!



gmbar di atas ni still tkawal lg.. mula2 comot tu lg truk! ni kira da ok sikit,yela tpikir nk bwa msuk blog..bg la xcmot sgt..msti la nk smpurna saja kan,,,hahaha... :P

Sunday, June 24, 2012

"Muhammad sudah wafat"

Asssalamualaikumm... 

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'

OLEH: DATO' DR. HAJI HARUN TAIB

Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

Kaedah Usululfikh

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”....

[repost by End Justice]

Thursday, June 21, 2012

why not stisfied?

assalamualaikum..

masuk hr ni, dah 1 bulan 20 hr aku kerja kt Yong Tai tuh.. & makin lama ak rasa makin xkena..
mungkin makin lama dia tahu ak jenis xkisah.. so ak rsa mcm dperbodoh dan dbuli..
ada masa dia nmpak baik, pd msa sama dia juga mnyakitkan hati aku.. spe lg klau bukan spervisor ak.. Bos ok je..bukan slalu dtg pun.. so xda mslah sgt la..

actually ak xsuka cara dia mnegur org &bajet perfect pun ada jgk.. dia prempuan b'bgsa cina. so fhm2 la,  dah la xsama agama, lg la bleh masuk.. plus pmikiran ak ni,klau org pmpuan lead 1 group, mmg xkan ok punya.. tu mindset ak la,org lain ak xtahu la.. sbb pmpuan ni cpat mrah & mlenting.. then klau nk cuti pun bkira sgt... bukan ak nak mngata dbelakang dia, tp mmg nmpak.. & sakit hati jgk sbenarnya..

ak pnah tdengar pgaduhan dia dgn adik dia mngenai prubahan waktu rehat,,dia ubah time rehat adik dia,,tp x inform..x ke bodoh tu? sory la, budak2 pun bole pkir kot..msti la yg adik dia bengang.. msa dia da tbuang bnyak sbb xsdar wktu dia rehat dah smpai..

lntak dgn kisah adik bradik.. skrg ak nk crita sbb ak trasa sgt dgn spervisor ak tu,mula2 ak stil fkir positif tau..ak stil xksah.. tp apa blaku hr ni, ak da nmpak yg dia mmg bnar2 xpuas hti ak.. yg ak nmpak ptama skali hr tu, dia sgt marah ak dtg lewat 6 minit... (ok itu mmg salah ak!) ak minx maaf..tp ada kau tnya ke sbb apa ak lewat? then ak minx p toilet sbb ada mslah wnita ni, then dia mrah lg.. yaAllah, klau kau ni phm stuasi seorg wnita btul2 dmana kau pun seorg wnita, kau akn fhm knpa ak lewat & perlu jgk ke toilet msa tu! knpa marah sgt ak nk ke toilet ni?

tu 1,xdela ktara sgt mula2...tp dgn ak yg snsitif ni,mmg trasa sgt2 la.. plus klau dia mrah ni smua staff dngar.. msti la ak malu.. second yg ak nmpak dia mmg sngaja nk kenakan ak, masa nk balik tgh agkat beg nk kluar baru dia bg tahu ak kena sttlekan (sapu & mop) lntai bhagian budak.. sdgkan b4 balik dia nmpak je ak sapu smpah bhagian ladies,apa sal dia bg tahu awal2? dia sngaja nak biar ak sapu & mop lntai pd hr & masa yg sama spaya ak lewat siap & penat lebih.. bhagian budak plak tsangatlah luas & complicated! mmg ak sgt penat..ak xksah la,,tp ak kisah sgt dgn prangai dia tu,,ksian org lain klau prangai dia trus mcm tu..

klau dia bg tau ak awal2,malam tu b4 balik ak boleh la sapu siap2..esok pg trus mop ja,, mnyapu pun lama, mop lg lah take time..ak klau mncuci ni mmg cuci sgguh.. so mmg mkan msa yg sdkit lama la.. ak jd panas sbb dia boleh snyap ja,,tggu blik baru nk ckap.. xke prangai mcm..hisyy,,, ak mmg bengangg.. tp hr buat kerja tu,ak mmg buat cpat2 & stil buat happy...biar dia lg bengang!! dia ingat ak nak buat muka la tu klau keja bnyak,sorry la,,i pun pnah hdup susah..u kenakan org yg silap! tp dia bjaya buat ak sakit hati!



then bru2 ni pulak, dia marah ak lg sbb ak g toilet lama.. mungkin dia berak hnya 4-6 minit je kot,, sbb normal org berak mmg skit lama.. mulanya b4 nk p toilet, ak kna buka pintu bhagian tepi, lpas ak buang air baldi,ak p la nk buka bhagian tepi tu,skali Ah Ting (adik dia) da tlg bukakan.. so ak trus lari ke toilet mmg prut ak buat hal sgt time tu.. lpas je sttle,ak msuk ja kdai dia mrah sbb p toilet lama & xbuka pintu! subhanallah..sabar jela,, dia x tahu ak p toilet mula2 buang air baldi,then msuk kdai balik.. dia x nmpak tp main serbu ja nk mrah! ak cuba nk explain tp dia still pot pet2 bckap dgn ala2 cina tuh! srius ak jd mluat! ak mnusia biasa.. mmg cmfem lah ak menyumpah dia dlm hati! lgsung xnak dngar kterangan ak!! betol la ak ckp, bila ada pgkat ni, org yg bawah benar pun jd salah! xguna!!

ak pnah beli 1 helai bju hr tu yg hrga 31rgt tu,, dia geleng2 kpala.. nk tnjuk ak ni truk sbb buang duit, helo at least ak beli bju ni bganda2 snonoh dr pmakaian kau la! then yg kau tu asyik kuar ke gurney, wayang dgn bf la,pun buang duit jgk! dia ckp dia kkak sulung & prlu tggung fmily dan bukan org snang..so dia nk pndang ak ni mcm xreti bjimat sbb ak ni pun kkak sulung.. dia xsdar dia tu buat apa..

pnah skali ak lupa tukar pkai sliper, sbb ak mmg p toilet pkai tukar sliper sbb xnak ksut & stokin basah.. then hr tu bsah,dia kata kt ak lg,tgur knpa pkai sliper..ak jwb la "i kan p toilet td,so bsah la.." pdhal ak tgk kdg ade ja staff lain pkai sliper,,xtgur pulak..dah tu tgur ak dpan2 org lain sngaja nk kenakan ak! then dia buat muka pelik dan ckp "hah? mcm mna p toilet boleh bsah?" ak rasa ni soalan paling bodoh yg ak trima dr mnusia! & AKU LUPA yg diorg ni xbsuh! guna tisu ja!!!!! cmfem lah x BASAH!!!!! soalan dia tu ak xjwb mlainkan snyuman ja ak buat..sbenarnya tgh bengang!!!

AND hr ni yg ktara nya dia xsuka kt ak what,, ingat lg x Ah Boon... ah boon yg kerja da lama pun tkejut dgn wktu rehat ak! sbb dia letak jdual rehat ak pkul 12tgh hr! spatutnya budak kerja Morning kena rehat pkul 2pm @ 2.30 pm ja! sbb nak pkerja bdiri 4-5 jam ja.. tp td ak kena bdiri 7jam tnpa rehat lgsung... bdiri ja,tggu plnggan.. dduk pun xboleh.. ak tnya Ah Boon, b4 ni ada x kerja moning dpt rehat pkul 12,dgn jjurnya mmat tu jwb xpernah.. trus ak tsedar dgn ykinnya dia mmg sngaja nk bg ak pnat & tnsion.. mmg la ak pnattt..tp thn ja sbb ak rsa ini ujian Allah jd ak redha ja...ak pkir ujian ni bru sikit..so abaikan..tp yg pasti mmg bnar lah dia xpuas hti dgn ak.. & ak nk tgk apa lg dia nk buat lpas nih..

ak rsa dia suka tgk ak pnat,malu,sdih & tnsion.. tp xpa,,ak akn pretend happy slagi boleh,biar dia lg bengang & xsuka..ada ak kesah? bnyak lg kdai kt penang ni,,fist sight ak kt dia slama ni sbenarnya xbenar sgt pun.. dia bukan insan yg ak pkir..dulu ak pkir dia bnyak positif,now? huh,even more than ngativ! sbb da bjanji 3 bulan, so sbar je la pika...hhm... -_- ..hurrm.. hrap akn mnjd baik 1 hr nnti, insyaAllah... :)

Monday, June 18, 2012

T'lebih Aktif!

assalamualaikum... 



post cerita ni smbil dengar lagu klangit- sesal mendua.. dengar je, xda kena mngena dgn kehidupan pun... gmbar kt atas tu pngetahuan am kot,,org pggil darah beku,haha..
Subhanallah sakit sgt masa kena tu, sdg aktif bkerja, masa dlm stor ak 'ter'banyak bgerak smpai tangan ak 'teribas' besi..so kena la kt port yg bdarah beku tu..
tketar2 tgn ak time ni, then ak pergi ke bhagian kasut smbil otak ak tpikir "yaAllah baru 'tcuit' sikit..ak dah xtahan,,agaknya mcm mna seksa azab nanti?" itu la hkikatnya! srius sgt sakitt!
mungkin ada hikmah @ ptanda yg Dia cuba smpaikan... yala, ak kan gila online.. bnyak buat pkra lagho.. cntoh nya ha ni blog ni..huhu.. then dngar lagu la.. game la.. klau xda jari, xkan b'hasil aktiviti harian ak ni!
so ak akn cuba kurangkan aktiviti yg mna xda faedah.. tp ak rasa la,bg ak jela..fbook bg ak bukan lah pkra lagho sgt..ada tu mybe sikit la..dia tmpat ak bhubung dgn rkan2 & update dunia skarang! pcaya la..hehehe...
tlg la drah beku ni akn hilang,, buruk la.. tp ak bsyukur ja xjd bnda yg lebih teruk..hihi.. ksian jari ku! hr ni da msuk hr isnin! ak boleh xtido lg! esok msuk kerja awal la fika!!
tido dulu, slamat malam! wslam wbt... :)

Saturday, June 16, 2012

One Sided Love

Assalamualaikum...
penat tadi baru balik kerja,smpai rumah pun pkul 10 pm lebih da nk dkat pkul 11..  guess what!, slama ak kerja dekat 2bulan dah,ak xpnah beli pkaian @ kasut dr kdai ak kerja sndiri.. sbenarnya hrga smua murah2 je, stndard Longwan @ Wah Seah tau! tp hari ni ak dgn rasminya dah t'beli s'helai baju.. simple je, hrga sebenar rm39.90.. after dskaun dpt rm31.92sen.. hehehe...

ak beli pun sbb pkir nak kardgen dia je..comel.. hehe... skrg yg ak nk crita bukan lah psai bju tu, tp sbenarnya psal sorg rkan skerja ak ni.. dia ni baru umur 17tahun..skolah lg,bdk buat part time.. nama dia Ah Boon.. and sbenarnya ak dh rasa lain mcm la dgn lyanan dia ni.. budak2 lg kot,, so ak lyn jela.. plus dia mmg baik.. tp kekadg tu baik smacam and rasa pun agak kurang slesa!

msti la kita boleh dpt rasa lynan istimewa le x kan.. dia kerap tnya psal ltar blkg aku.. k fine, aggap sja dia seorg yg ramah.. yg peliknya dia hafal hbis jdual shift kerja ak! & then klau dia cuti hr isnin, ak cuti hr slasa,,dia msti akn ckp "fika, kita xkan jumpa 2hari..i cuti isnin, u cuti slasa maa" ckp dgn nada & riak muka yg sedih,ak kmudian hnya mmpu tsenyum.. dlm hati "alahai mmat ni.."

then ada 1 hr ni, dia nk g buang smpah..alah.. smpah sikit je, then ajak ak tmankan.. mmg tmpat buang smpah utama tu jauhh... smua smpah tu plstik je tau,bukan berat pun.. tmbah pulak dia kerap pegi dgn Wei Yi (lelaki 20tahun), asal x ajak weiyi! knpa nak ak kna ikut, slalunya krja tu lelaki yg buat..sbb tmpat smpah utama tu mmg bhaya..tp ak tpaksa la ikut sbb ia sbg arahan.. yela,, dia kan kerja lg lama dr ak.. jjur rimas ok!

tmpat kerja kami ni sbenarnya mnjadi kgemaran psinggahan 1 org gila yg suka dtg tpacak sbelah kdai bhagian ak(bhagian kasut).. mmg 'pelik' dia tu lain mcm tau, dah nama pun org x btull.. so bila org krang waras tu dtg, Ah Boon ni mcm resah risau.. mmg bgus dia.. & dia x henti2 bg psanan spya ak jaga diri.. pnah 1 hr ni kerja shift pagi "afiqah, nnti i balik, u jangan pegi dekat2 sana tau, itu laki tu bhaya, i takut u kena tarik dgn dia.." so msa ni ak lg lah tsedar akn keprihatinan dia.. then dia crita la pcific ni pnah ada kes rogol then dbunuh.. then dia ckp risau klau ak prgi surau sorang2.. ada mnusia caring ni,ya trima ksih.. hee...

klau nk crita mngenai Ah Boon ni, pnjang lg.. smpai x t'crita la..apa pun ak doakan spya dia crush ja & bukan cintan btul2 pnya.. budak2 lg kan.. x ckap la dia xmtang,tp smoga dia sdar la yg dia silap org nak dekat pun.. hehehe...sory nah! i aggap u adik biasa2 ja,xlebih.. sbb adik i kt rumah pun dh rmai..hihihi... gudbye Ah Boon... -..-


Friday, June 15, 2012

LOVE AYAH!

org ckp anak prempuan sulung msti rpat dgn bapanya.. entah betul ke tidak tp ak stuju tu.. aku bsyukur sgt memiliki seorg bapa yg bg ak smpurna wlaupun sbenarnya xkan ada mnusia yg smpurna pun.. kelebihan dia sgb idola ak, kekurangan dia juga sbg kebanggaan ak..
encik Elias ni biasa orgnya tau, biasala skrg da tua,, tmbah2 kerja pula atas laut.. lg gelap dah skrg.. ada gmbar lama2 dia waktu muda2 dulu, jambu ok! haha.. dulu dia kerja navy je.. then masa kt ALAM (Akademi Laut M'sia) dia smbung blajar lg..hgga ambil master.. dan skrg dah jd seorg kapten..
dia pernah trima twran kerja d ats kpal hebat spe x kenal Star Cruise..tp ketika tu arwah atuk ak msih hdup dan mempunyai ilmu agama yg sgt teguh lalu mlarang ayah sy dr kerja ke ats kpal tu..(erkk,mcm dlm buku cerita...)
ayh ak dgn snang hati trima lrangan atuk, dia percya dgn ktentuan Allah.. dia juga stju dgn alasan2 arwah atuk, kerja d ats kapal sana.. sudah tentu tak mngenal Ilmu Allah.. kurang mengaji.. malah tempat maksiat dkelilingi org xketahuan dan orang2 barat.. cuba bygkan ayah lah yg membawa org2 maksiat ini melancong? sgguh xdpt dterima..
Alhamdulillah.. t'hindar dr kerja yg entah d'redhai @ tidak..
Wlaupun wktu dulu ekonomi kami sgt teruk (sbb ayh mula kerja dr bawahan), skrg Alhmdulillah..biar pun x kaya tp tidak lah terlalu mskin.. sederhana.. yg kami doakan adlah amalan kami dterima dan sihat sejahtera..yg penting, ilmu agama tu ada!
Alhmdulillah skrg dia dh bpangkat..tp gaji dia utk tggungan 9 orang pd zman skrg msih tak ckup..tapi masih Alhamdulillah tidak mskin...ak plak xkerja2 lg..msih blaja so msih xdpt nk tlg.. ak hrap sgt 1 hr nnti ak mmpu tlg diorg rasa hdup senang sikit..amin.. :)

LOVE AYAH! mmuuaahhh!!!


encik Elias ni, lucu org nya tau.. slalu buat lawak bg mak ak ktawa.. 50% prangai gila aku trikut dr dia! tp klau org yg bru dia knal, dia xjd pulak gila dia tu -__-   haha... plus rmai mak ayh saudra ak ckp yg ayh ak budak paling kecoh & suka tipu.. so no wonder lah klau ak pun bgitu, & salah ayh la,bukan salah ak.. kehkehkeh....
skrg ayhku adalah pmimpin aku..(sbb blum brkahwin) tlg la dpt suami yg dkat dgn rumah.. xnak jauh dr mak ayah, please.... (T__T) and ayh aku jgk adlah ustaz dlm hdup ak.. sgala ilmu2 islam & ksangsian ak dlm agama, dia lah tmpat ak b'tnya.. dia sgt gemarkan ilmu islam.. hmpir stiap hari dia akan ke surau utk mengaji & dia msti akan bwa kami 1 kluarga ke surau.... ak sgt2 b'sykur & rsa sgt btuah dlahirkan sbg anak dia! Ya Allah... Alhmdulillah...
Kalau result ak kluar teruk, dia x prnah marah.. dia msti akn ckp "xpa,usaha lg.. solat jgn lupa..insyaALLAH b'jaya.." itu je,, x truja apa pun,,,mgkin dia pcya 1 hr nnti ak akn sdar akn pntingnya blajar... hehehe...
so skrg yg btuahnya kami, boleh naik ferry pcuma tau! sbb ayh dah jd kapten ferry Penang Port ni.. jgn jeles ya..klau nak naik ferry kerap2, dtg la rumah! ngee.... :D

Thursday, June 14, 2012

no thumbprint, no passport! really?

assalamualaikum.. 
hari ni i (saje nak gedik guna 'i') officially x boleh kahwen dgn org luar negara! x kira la pak arab ka, mat saleh New York ka, mmat Jepun ka.. kalau nak kawen jgk, i x bole pegi kmpung halaman suami i tu.. (cehh..) hahaha..
xdela, aku hari ni g update kad bank.. mula g Bank Islam, then g Maybank.. yg sakit hatinya, dua2 bank xdpt detect cap jari aku dgn ic tu.. actually masa buat ic dulu pun problem jgk.


puncanya kulit tgn ak ni alah pd sbun bsuh pinggan! and bsuh pinggan adlah hmpir amalan rutin dlm hdup ak kt rumah! rancang dr dulu nk beli glove kuning tuh, tp x jadi2 beli pun.. bila alah, tpak kulit tgn aku 2x belah jd gatal2, then xlama tu kulit mngelupas.. tension tau... klau laki xpela,, xpayah bsuh pggan kerap2!


then masa kt bank, kkak tu ada ckap "ni klau nk buat pssport mmg x boleh ni..nk blaja or bjalan2 ke luar ngra ka.. sbb ada sorang budak hr tu mcm ni la, dia x boleh buat pssport,so x dpt g blaja ke Jordan" itu mnurut kkak tu la,, ak dalam hati ckap lain "ouhhh ada hikmah ak xpndai sgt,klau pndai pun bukan dpt p oversea" sengal bukan?? hihihi...


then tpikir lg, "mcm mna dgn org yg xda tgn kdua2 blah? msti ada solution kan?".. (tu OKU la fika..) huk3! then 2x bank minta lesen ak sbg pgganti cap jari..ak x kisah sgt pun hal ni,,ak msti akn kisah bila nnti ak ada bnyak duit..nak bjalan2 jauh..keh keh keh... 


so conclusion bt msa ni,abaikan jela dulu..tggu kaya,ok? hahaha :P

Monday, June 11, 2012

Huh?!!!

YaAllah! slma aku hidup hmpir 22 tahun! baru ptama kali AYAH ak sndiri bckap ttg KAHWEN dgn aku! Ya aku anak sulung, pastilah ak tkejut! Rasa bru smalam je kena tibai dengan ayah sbb ponteng skolah!! Ciss!!! Skrg sudah mmbincgkan ttg KAHWEN?!! (again,hahaha) WOW! (sronok sbenarnya!) haha! Bmulanya sbb mmbincangkan ttg pelajaran aku dgn masa dpan.. Aku jwb la, mnurut prncangan nk smbung blajar smpai lah dperingkat yg tbaik dan skiranya Allah mgizinkan! INSYA'ALLAH!  Tup2 dia ckp "habes tu,xnak kawen ka?" GULP!!! Soalan apa ni?? tgamam ak sketika! dlm hati 'kahwen? whooaaa... eh! dgn siapa??!' and ak pun jwb.. "uishh...awal lg.." (pdhal nak cntrol je ni...dlm hati 'ayah, kawen awal pun kkak nakk!!') hahahaha!! Then pbincangan trus t'bhenti dsitu sja... alahai ayh, carikan utk kkak.. klau la ayh boleh bca isi hti ak kan snang!!!


p/s : pilihan ibu bapa adlah yg terbaik sbb ia bkn pilihan bdasarkan nafsu kita smata2.. dan mereka akan carikan insan yg terbaik utk anak mareka.. anak yg mereka jaga dr kecil hgga besar dgn ksih syg yg smpurna bukan snang2 mahu dberi pd org yg x ktahuan punca or agamanya.. mreka pasti akn mncari dgn pnilaian ilmu agama yg baik, b'akhlak dan dr ktrunan yg baik2 juga.. insyaAllah... :)



Say Sorry!


Assalamualaikum trutama kpd insan yg aku pikirkan skrg & yg lain..
xsemestinya dia baca post ni,tp..dgn post ni ak HARAP sgt dia bca dan maafkan...
pnipuan yg melibatkan mak ak sndiri.. (tp ak dh minx izin mak ak dah,yg ak nak guna nma "mak" sbg excuse, & mak AGREED!)



so xda masalah.. msalah skrg ak takut & xsmpai hati nak bg tahu jelas2!  pnipuan yg da lama,xsilap masa tahun 2011 bulan 1 (maybe,ntah lupa!) ishh...ttg apa ni,hihihi..dia msti phm apa yg ak mksudkan!
dia baik & seorg yg sgt mudah jd xda mslah utk bkomunikasi.. tp, hati x boleh dpaksa.. hrap dia fhm la.. hbungan tu tputus tp psahabatan akn kekal..smpai skrg ok ja.. klau kita ada jodoh, b'satu jgk.. klau xda jdoh, btahun2 'bcinta' pun xguna..
apa sbb bru skrg aku nk minx maaf & crita mlalui blog nih?



hehehe.. ak tpikirkan dia hr ni & ak rasa srba slh yg tramat sgt & berat.. so the way ak nk smpaikan mlalui blog la scra diam2.. mna tahu 1 hr nnti ak dh pergi, dia akn t'bca juga & memaafkan.. hee... :)




Afiqah!!! knpa kau tipu!! mggkin tu ja jln mudah bg aku & tmakan dgn kata2 setan! huhu.. tp...b4 ak buat kptusan pun ak da pkir msak2..
Bercinta? bkn bnda yg baik.. jjur lah dia lelaki ptama yg ak cuba mula bcinta dgn srius.. tp msa ni ak xpkir apa sbenarnya cinta ni? xda kesan positif..ya kita bjauhan,mmg kurang negtifnya..tp hbungan ni mcm mne pun ttap negatif & totally Haram..

Ak tpikir,apa motif Allah lahirkan ak ddunia ni? ak dh sgt btuah, lhir sbg ISLAM!! Malah muslimah! sgguh b'tuah! so ak perlu jd wnita pilihan khalifah muslim.. p'betulkan akhlak & iman.. bukan bcinta..yg xtahu apa pghujungnya..


ada lelaki masuk mrisik? aku tipu.. mak ayah aku bukan jenis sibuk hal hdup aku,diorg dah bg psanan yg diorg xkan memandai2 ssun jodoh ak mlainkan ak sndiri yg minta..
seorg lelaki kedah? bkerja sbg Quantitiy Surveyor?! itu semua MENIPU! aku guna smua identiti shabat aku waktu tu.. shbat ak yg smemangnya seorg QS dari lulusan USM.. Dan jujurlah ak rasa sgttt teruk.. Mintak Maaf sgt!!!

Tp ak x mnyesal sgt sbb pilihan ak ini brtujuan baik & dsetujui oleh mak sndiri.. tp salah ak jgk, mlampau2 sgt nk mnipu pun.. kputusan tu,bkn utk mrosakkan lg hbungan pshbtan.. malah beri ruang utk ak mmperbaiki diri aku dan dia.. buat p'sediaan diri sbg mnusia yg sebenar ats muka bumi ni, mati bila2 saja akn mnjemput..


Kpd dia yg tertipu, ak minx maaf sgt2.. ak tahu pbuatan ak ni sgt jhat & ak salah..
Tp kptusan yg sy buat ni adlah muktmat utk kbaikan masing2 d dunia malah d akhirat kelak.. pcayalah ckp ak..skali lg minta maaf..



"jika kau ingin memuliakan dia, janganlah mengajaknya menjalin perhubungan yang dilarang.lalu ia akan mengelak merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya"


assalamualaikum.. :)