Wednesday, October 24, 2012

Salam AidilAdha!

Assalamualaikum...  [post blog dlm keadaan selsema  -..-'' ]

Ok selamat dtg siapa yg tsesat ke blog pling pndek dan singkat.ya penaipnya smemangnya malas nak taip bnyak2... trus ke main point sajaa~~~ haha..
mcam biasa lah aku klau x type dkat hr raya puasa,hari raya haji, hari2 @ bulan2 pnting dlm Islam smua bgntung pd keadaan dan thap kerajinan..

Alhamdulillah kita dah masuk ke bulan Zulhijjah! Alhmdulillah masih dberi ksemptan utk bnafas d atas dunia yg pelik ni, mnusia yg sgt mcm2! tmasuk la aku pun, hee...
okeyh! hari2 yang terbaik dalam Islam, yezz!skrang.... iaitu 10 hari iaitu 1 hingga 10 Zulhijjah... 10 hri ni dalam konteks lain mcm dbulan rmdhan la...waktu2 yg sgt bganda nikmat utk bramal ibadat trutamanya puasa la! :D 

So puasa ni lah smemangnya pkara yg sgt2 dtuntut, belum smpai ke tahap wajib tp sunat muakkad,bawah sikit ja pd wajib iaitu puasa pd 9 Zulhijjah..dmana bsamaan hari jemaah wuquf di Arafah.. alahai jeles sgt mreka yg btuah dh dpt pegi,nasib lah bukan dlm ktegori mampu kan..sabar ye Afiqah..

Dan apabila tiba musim Haji ni,baru lah semua akan ingatkan semula akan bulan-bulan haram dalam Islam iaiu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Antara kelebihan yg utama disunatkan berpuasa pada bulan-bulan ni. 
Nabi SAW bersabda: “Puasalah beberapa hari daripada bulan-bulan haram dan tinggallah sebahagiannya.”

Dripda hadith ni mksudnya puasa lah kita pd bulan2 hram ni,tp sebahagian hari shja, bukan la full puasa 4 bulan non stop..aiii kalah taukey ni,rmadhan pun 30 hari je beb.. hihi.. senang cara puasa ja hr sunat dln islam utk bpuasa,, iaitu pd hari Isnin dan Khamis.. 

TETAPI! Sebahagian hadith x galakkan bpuasa pd bulan Rejab! errmmm..dan mnurut cerita ayah ak pulak, satu riwayat ni, Saidina Omar pukul puak2  yang bpuasa dalam bulan Rejab krna ia amalan Jahiliah (buat amalan tnpa mgkaji dan mengaji dulu), dan yg pnting amalan tu tidak d lakukan oleh bginda tsayang kita Rasulullah SAW.. so xpayah lah mindsetkan kpla hotak ia amalan Jahiliah tu..cuma puasa ja pd Isnin& Khamis (kpd yg rajin bribdat ni..)...



Sekarang ak sdg pikir msti perit khamis ni ak nk puasa sbb mmg penat sgt, air 1 botol besar pun ak rasa x ckup... tapi! perit tu x kan mmpu mngubah lah niat ak nk bpuasa ni, setan sdg berbisik dtelinga ak ni...syuhh2!!! setan kau x guna! puasa lah ramai2 la k..spa x puasa ak xnak kawan! pergi jauh2!

Dan tiba2 ak tringat  pesanan ayah, bila berdoa.. jangan lupa minta dekat Allah SWT 4 perkara,,dmana doa ni Nabi Muhammad pun minx pkra yg sama.. simple ja kawan2..

1. Dijauhkan dari Api Neraka.
2. Dijauhkan dari Seksaan Kubur.
3. Dijauhkan dari fitnah Manusia d dunia ini.
4. Dijauhkan dari fitnah Dajjal!

Pastu dia ckp memang kita akan rasa diri ni sgt hina,, tapi jangan ssekali sebut "aku tdak layak ke syurgaMu" pelik kan? sdgkan mmg ada lirik mcm tu..

"Tuhanku, aku tidak layak untuk Syurga-Mu, dan aku tidak juga sanggup menahan akan seksa Neraka-Mu. Oleh itu ya Allah, terimalah taubatku dan ampunkanlah dosaku kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dosa-dosa besar."

Mgkin lirik tu kita ckp scra sopan dmana mmg benar pun. tp ayah pulak  kata bila bdoa mintak nak ke syurga Allah,minta sgguh-sungguh!  jgn la sbut layak x layak,siapa kita nk tntukan... wlaupun hkikat mmg ak rasa mcm xlyak pun.. Aqidah pun x smpurna...  so msing2 pndangan la kan,, nak amalkan yg mcm mna pun... xpa, yg pnting kita bdoa dgn ikhlas dan bsungguh2!
InshaAllah dmakbulkan Amin... :)

Oh tidak,dah nk dkat pkul 3 am! 
ini skadar nak brkongsi lah,xlebih.. :)
Selamat Hari Raya AidilAdha KAWAN2 KU!

Assalamualaikum wbt....................

Tuesday, August 7, 2012

Nuzul Qur'an

Assalamualaikum wbt....

Salam Nuzul Qur'an...

Nak story ttg peristiwa turunnya Qur'an, tp muqadimah jap dgn Lailatul Qadar...

Bulan Ramadhan ni la banyak kelebihan dan keistimewaan nya, salah 1 yg mmg femes ni Lailatul Qadar lah.. femes tu mmg, tp yg buat amalan pd malam tu xramai pun.. antra mmg malas nak buat @ nak buat tp termiss.. kesian.. (ya ksian utk diri sndiri, tahun lpas termiss hr yg dlatakan penting!!!!) sobs3... :(

so mari la kita sma2 muhasabah diri..pastikan taun ni jgn stop lgsung tmbah-tmbah 10 hr trakhir... ok?? layakkah kita nak tjumpa dgn Lailatul Qadar? InsyaAllah boleh... jngan ingat malam tu malam 'magic'.. tak semestinya kita nmpak keajaiban tu... malam tu jibrail turun dan malaikat2...malam 1000 bulan...Subhanallah...

Untungnya kita Umat Nabi Muhd SAW, sbb umat Nabi Muhd saja yg trdapatnya Lailatul Qadar ni...bertuah bukan? Amalan kita malam tu istimewanya sama dengan 83 tahun.. sedangkan umur kita ranking mmg 60-70 tahun je.. kata Nabi "umur umatku 60-70 tahun", its mejority...xsemua..


Ada kaitan ke malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran & malam Lailatulqadar ada phubungan yang rapat antara satu sama lain sperti yang dterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di Antaranya firman Allah SWT;

Maksudnya: ssungguhnya mnusia itu menyaksikan Kami telah mnurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,dan apa jlannya kau dpt mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lbih baik daripada Seribu bulan.Pda Mlm itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Siak mereka, krna mmbawa sgala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang Berkat) itu hingga terbit Fajar!
(al-Qadar :1-5)


Ok, smua tahu Rmadhan ni bulan turunya Al-Qur'an.. tp perasan x org slalu cakap17 Rmadhan ni turunnya Qur'an...

1. "turunnya Al-Qur'an dibawah" (mksud dia kt dunia,tp x mention pun kat mana Qur'an ni 'parking')
atau
2. "(turunnya) Al-Quran di dalam Gua Hirak, Puncak Bukit Jabal Nur, Mekah Al-Mukarramah di waktu malam di bulan Ramadan"

sebenarnya salah jugak.. Al-Qur'an ni sebenarnya (sebuku, selengkap, sebuah) terus lengkap 114 Surah dari Luh Mahfuz,turun pada malam 17 Rmadhan tu ke dunia iaitu di Baitul Izzah.. dimana Baitul Izzah, ia dikatakan di langit dunia dimana hanya Allah shja yg tahu...

Kmudian barulah Jibril datang membawa potongan ayat Al-Alaq 'Iqra' kpd Nabi Muhd SAW. dimna ketika itu,bginda berada Gua Hirak..ayat Iqra ini dbawa dr Baitul Izzah td oleh Jibril.. selepas pada itu, ayt Qur'an dtrunkan sedikit2 kpd Nabi Muhd SAW samaada ktika brlaku peristiwa atau tnpa sbarang peristiwa..

Dan tempoh  Nabi Muhd SAW menerima ayat-ayat Al-Qur'an secara berperingkat itu selama 22 tahun, 2 bulan, dan 22 hari.. Semua org tahu Baginda kesayangan kita umi, iaitu buta huruf.. tapi terfikir x kita kenapa org yg buta huruf tu pilihan Allah...? ya btter kita jgn fikir sbb itu akan menggugatkan akidah dan keyakinan kita terhdap Allah..

Salah 1 cara orientalis barat nak kita tgugat dgn Allah SWT dgn cuba mmbuat ksimpulan yg Allah SWT kita 'silap' memilih Nabi...silap mmilih Khalifah @ idola umat islam kerana Nabi Muhd dpilih utk mmbacakan Al-Qur'an,sdgkan bginda tidak pndai mmbaca...

Allah SWT lebih bijak lg maha kaya... kalau Nabi Muhd pndai mmbaca, orang kafir mesti akan ingat ayat2 Al-Qur'an semua dtulis sndiri oleh bginda.. ayat2 Qur'an yg indah lg hebat, mustahil dtulis dan dcipta oleh org buta huruf..kan? Subhanallah... tiada apa yg lebih smpurna mlainkan Allah SWT...Allahuakbar!

Jom lah kita sama2 beribadah dengan lebih bnyak dan smpurna.. smoga amalan kita dterima Allah,amin... jgn la puasa tnpa solat.. sgguh hina org puasa tnpa solat. takda apa yg dia dpt mlainkan lapar dan dhaga... org tidak puasa dan tidak solat lebih la hina..

solat @ puasa, mna lebih d utmakan? yaAllah... mstilah solat... pntingya solat.. mati nnti soal2 utama d'ambil kira is solat... puasa amalan yg dturunkan melalui Al-Qur'an mlalui rukun Islam.. tp solat? Nabi Muhd SAW sndri dbawa berjumpa face to face sndiri dgn Allah utk mmaklumkan ibadah tsebut.. dsini kita lihat btapa pentingya solat.. Subhanallah...
Salam Ramadhan... dan
Salam Nuzul Qur'an.. :)
Assalamualaikum wbt...

Monday, August 6, 2012

Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku rajin sikit, nak story kelebihan ramadhan.. benda ni basic je kan? yup! sua orang tahu, cuma aku nak tulis sedikit huraian bsama riwayat sohih.. klau xda sohih pun smua org Islam mesti la da paham.. ala...trima lah sikit kerajinan aku ni.. hehehe.. ok, ramadhan penuh keberkatan ni memang lah semua umat Islam sambut kan... tp perasan x pbezaan kita dgn bgsa arab? klau tsempak kwn tepi jalan then wish rmdhan al-mubarak, MASIH (sdikit ja,xsmua)ada jugak yg selit ayat "salam rmadhan, slamat hri raya, maaf zahir batin..mna tau esok dah mati,xsmpat bmaaf2 dah" ermm....bgus tu mmg..sbb kita mminta maaf.. bnda ni xsalah pun. tp bbeza pulak dgn org2 arab... klau wish rmdhan btemu kwn dtepi scra tiba2 "yaaa asdiqa',tahaiya rmadhannn!" smbil bsalaman... simple, haha... lucu kan.. tmasuk lah aku.. bukan kata kt org,kata kt diri sndiri... hee hee... so mreka lgsung x pkir ttg Hari Raya..mreka smbut Rmadhan lebih mriah dr Hri Rya.. tapi,tapi tapi...bgus jgk sbenarnya kita ni..mmg btul apa,mna tahu esok dah nk mati..minx maaf lah siap2.. cuma ayat maaf zahir batin tu..tnyata utk HaRi RaYA....HAHA..

(sambil menonton Spongebob, lawak! hahaha... )

okeh! Ternyata Rmadhan menjamin keselarasan umat Islam seluruh dunia samaada di utra barat tmur slatan, ada ja muslimin dan muslimat sedang berpuasa, berbuka puasa, brterawih, bersedekah,  bersahur, sdg mmbaca al-Qur'an dan pelbgai amalan ibdah utk mraikan bulan Rmadhan... kesatuan dan perpaduan Umat Islam tnpa mngira bgsa dan warna kulit adalah sgt pnting... tp prpaduan Islam kita skrg ni xda lgsung.. sbg cntoh depan mata ok, apa yg blaku d Rohingya Mynmar, negara mna ja yg ambil berat? krjaan Iran dan Pakistan je... negara ISLAM iaitu jiran Mynmar sndiri, Mlysia dan Indonesia,apa responds? Ngo2 je bnyak ambil berat bdan yg bukan krjaan! M'sia & Indonsia, krjaan mreka sndiri lgsung xda inisiatif untuk mmbantu,stakat bg no.akaun bank utk kita sdekah..ya itu mmg bgus..tu tggungjwb kita jgk,tp sbg bdan krjaan yg besar,kita cuba la ikut negara Islam yg lain, suarakan di sidang perlimen ke, sekat pniagaan2 ngra Mynmar dgn kita ke, halau pkerja2 Mynmar yg ada kt negra kita.. Kesian kan? xsmpai hati kan? haaa...cuba pkir diorg yg bunuh saudra2 kita dsana! mreka lebih kejam!!! Lgsung xda belas kasihan! wei stakat bincang hal Rohingya ni kat TV..org barat pun boleh mmbincang kan je beb... -..-

emm...rasa mcm topik tsasar je ni..tp msih dlm konsep Umat Islam kan? hehe...yela, bulan Ramadhan kot, smua kena muhasabah...jgn pikir apa yg blaku and ada skrg ni dah ckup bgus tau... pnduan Al-Qur'an dan Umat dah x sjagat...xslari lg..skrg lah zman yg dmaksudkan Akhir Zaman... hmm....peringat utk diri sndiri sama ni... ok dah, ganjaran2 Puasa dia Bulan Ramadhan:

1. Pintu syurga dibuka, dan pintu neraka ditutup.

"apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu2 syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan" (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Diampun segala dosa yang lalu.

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu" (Hadith Riwayat An-Nasai'e)

3. Pahala berlipat ganda.

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman : 'kecuali puasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku'.."  (Hadith Riwayat Muslim)

4. Jauh dari api neraka.

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari apai neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

5. Perisai dari siksaan.

"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka" (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

6.Doa sangat mustajab.

"3 doa orang yang sangat mustajab, doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang musafir" (Hadith Riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

7. Masuk dalam syurga.

"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa  masuk daripadanya(dan) tidak seorang pun selain mareka memasukinya..."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

8. Beroleh 2 kegembiraan.

"...Dan bg orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dgn waktu berbukanya dan apabila dia bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya" (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

ok,selamat beribadah semua,tinggal 14 hr je lg utk kita beramal... dan Salam Nuzul Qur'an.. InsyaAllah nnti malam aku post ttg kejadian Nuzul Qur'an yg sbetul2nya kejadian. InsyaALLAH!!! Assalamualaikum.... :D

Friday, June 29, 2012

Bendera Hills

Assalamualaikumm wbt...

yess! on this friday night, i have been settled my job my respnsblity as muslim! muslimin & muslimat yg lain,da sttle ke? then tmorrow dont 4get bca surah al-kahfi k.. honestly lah aku mmg loamy giler nk bca surah tu sbb pnjang sgt2,,lg pnjang dr surah yasin..but actually klau buat ikhlas demi Dia, insyaAllah..pnjang mna pun ayat,smua msti xsdar... it doesnt matter la,tup tup haa! da nk hbis! pcya lah~~...sdikit info:


1.Abu Sa`id al-Khudri Radhiallahu`anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallallahu
`alaihiwasallam bersabda:
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan Cahaya di antara dua Jumaat."
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan Jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya"
3. Daripada Abu al-Darda 'bahawa Nabi sallallahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa yang menghafaz Sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal".

IF ALLAH WILLING IT, INSYALLAH!

so now tiba utk online! heh..heh.. (sambil lyan lgu butterfly-melly ft andhika) haa,,dr hr tu ak ckp nak msuk gmbar2 msa g bukit bndera ke blog,tp asyik lupa dan sbenarnya malas sama..Hihi.. p dgn rakan2 zman skolah mnengah, sape lg lah klau bukan si Nadia, Afiqah & Munirah tu.. actually ada ja yg lain nk ikut,tp ada ja problems nya.. xda duit la most prblem yg asyik kluar..ini main point ok,haha.. xkisah la,,jnji kwan ingat kwn pun sudah ckup... bg aku,xsmestinya kluar dgn kwn tu adlah kwn yg tbaik,, jnji d hti ni xlupa sudah memadai... ;D

19jun 12 (slasa) travel lah 4 mnusia ni ke bukit bndera, penang. mula rncang nk ke pulau jrejak, ai cik kak, pulau nu utk couple & jungle trekking je,,klau nk tgk indah alam, tmpat lain boleh lah.. tp ak sbenarnya xksah lgsung,p mna pon ok.. ak ni bgus,xmngada.. kih3.. plus kwn yg nk g,xkan kita nk ckp xnak kan..xbaik,hti msti kna jga jgk..sbb ak pnah g,so ak tahu lah mmg xbest klau stkat p utk 1 hr.. dsana ssuai g utk 3 hr 2 mlm ke,,ada pkej2nya...

sesampai dsana naik lah trainnye..silap xbawa kad plajar, so pd ssiapa yg nk ke sna bwa ja kad pljar ka,kad apa2 pun xpa,,so dpt la murah... naik tren p & balik 4rgt je,, hey naik bas rapid pon lg mahal ok! haha..mnyesal pulop xbwa kad pljar! -__-

back ticket

front ticket


here we goo! from left nadia, ikah and muni..

yummyy..chicken rice RM 5.00 -__-

on canyon height@hill.. hee

ohh please,another peace..camwhore!

just walking and snapping our memories..

again at Bazaar road..

ferry cabin, oh titanic not here ok..haha

again to camwhore.lets pray! <3

ok la sdkit sbnyak kami enjoy la jgk,, tp masa sgt mncemburui.. dlm 1 hr dpt g bukit bndera, bazaar & pdang kota, plus extra naik kabin fery..dlm 1 hr,ok sgt la tuh..rasa nnti nk p lg,,lbih ramai dgn lbih advnture tu! cewah! hehehe... dah plnning msing2 stju nk hiking pulak, b'khemah & trokai lautan alam.. hope Allah willing lah, g rmai2 travel ke pulau tioman ke, pulau pangkor ke,, sronok tu,,duit pun kna bnyak simpan la pika aii... huhh! duit oh duit.. mna mau rompak hah? hehe...
have a nice day friends...assalamualaikumm..... ;)

Thursday, June 28, 2012

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN

[repost]

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.




Monday, June 25, 2012

ohh aisyy krimm!

Assalamualaikum..

NOW ni dah msuk hr isnin,aku cuti! yess! sbb pg nnti nak hntar adik ak g kedah..so bleh2 jalan2 skali kt sana.. tp ak tpikir,apa yg ada kt kedah tu? ak jrg bjalan so mmg xtahu tmpat2 kt belah Alor Star sana.. otak ak klau sbut kedah, lgkawi jela yg wujud.. hehe..

jujur la ak ni murah snyuman sikit..hmpir smua pkguard pcific ak snyum tegur2.. yg mna ok,mmg ok la..tp yg mna pkir lain mcm ni tiba2 prasan & mlmpau2 pulak.. tu yg pling ak mluat.. dah kita buat baik,dia lg nk lebih.. srius geli..ada smpai dlm 1 hr lalu dpan ak dkat 10x.. think psitif diorg kna jalan mrata2.. k fine.. herrhh..

tp apa yg ktara td,tiba2 dtg dpan aku ckp "brapa percent kasut ni?" ak pun jwb "xda prcent2 pun, mmg hrga 19rgt" jwb smbil snyum sbb msa ni xdpt dtect lg 'kgatalan' dia tuh! then dia jwb "nak beli mcm mna marka pon xdakk.." teroossss ak dah pkir hah sudah gtal rupanyaa! then dia tnya lg "dah kahwen blum?" euurrr....geli sgt... ak xmmpu nk bt apa mlainkan bjalan plahan2 ke blakang.. dia tnya lg  "student lg ka?" (msa ni da jauh) ak pun angguk.. itu yg bt ak nk muntah hr ni..

tp apa yg lawaknya hr ni,lain pulak. mcm biasa bila rehat tmpat aku d surau.. dlm pjalanan tu ak akn mlantak dulu.. tiba2 hr ni trasa nak makan ice cream! then ak beli lah ice cream mcD yg tmbah coklat d atas tu.. lpas tu jalan la kaki dgn makan ais krim bsama hati yg riang mnuju ke surau.. spnjang pjlanan, ade je mnusia nk pndang aku..

tahu x,bila ada org pndang2..kami tmbah2 wanita ni mudah prasan,TAU TAK!!! Ya Allah..ak xsdar yg ak sdang mmalukan diri sndiri..smpai je kt surau.. tiba trsa nk pndang cermin..yela, mna tahu ada apa2 yg jelik buat org nk tgk2.. skali mmg pon!!! gara2 chocotop tu mmg mulut ak sgt comot! aarrghhh!! balik surau ak xlalu dah jalan td! sggup ikut jln jauh sikit! malu punya pasal!



gmbar di atas ni still tkawal lg.. mula2 comot tu lg truk! ni kira da ok sikit,yela tpikir nk bwa msuk blog..bg la xcmot sgt..msti la nk smpurna saja kan,,,hahaha... :P

Sunday, June 24, 2012

"Muhammad sudah wafat"

Asssalamualaikumm... 

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'

OLEH: DATO' DR. HAJI HARUN TAIB

Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

Kaedah Usululfikh

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”....

[repost by End Justice]