Tuesday, August 7, 2012

Nuzul Qur'an

Assalamualaikum wbt....

Salam Nuzul Qur'an...

Nak story ttg peristiwa turunnya Qur'an, tp muqadimah jap dgn Lailatul Qadar...

Bulan Ramadhan ni la banyak kelebihan dan keistimewaan nya, salah 1 yg mmg femes ni Lailatul Qadar lah.. femes tu mmg, tp yg buat amalan pd malam tu xramai pun.. antra mmg malas nak buat @ nak buat tp termiss.. kesian.. (ya ksian utk diri sndiri, tahun lpas termiss hr yg dlatakan penting!!!!) sobs3... :(

so mari la kita sma2 muhasabah diri..pastikan taun ni jgn stop lgsung tmbah-tmbah 10 hr trakhir... ok?? layakkah kita nak tjumpa dgn Lailatul Qadar? InsyaAllah boleh... jngan ingat malam tu malam 'magic'.. tak semestinya kita nmpak keajaiban tu... malam tu jibrail turun dan malaikat2...malam 1000 bulan...Subhanallah...

Untungnya kita Umat Nabi Muhd SAW, sbb umat Nabi Muhd saja yg trdapatnya Lailatul Qadar ni...bertuah bukan? Amalan kita malam tu istimewanya sama dengan 83 tahun.. sedangkan umur kita ranking mmg 60-70 tahun je.. kata Nabi "umur umatku 60-70 tahun", its mejority...xsemua..


Ada kaitan ke malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran & malam Lailatulqadar ada phubungan yang rapat antara satu sama lain sperti yang dterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di Antaranya firman Allah SWT;

Maksudnya: ssungguhnya mnusia itu menyaksikan Kami telah mnurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,dan apa jlannya kau dpt mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lbih baik daripada Seribu bulan.Pda Mlm itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Siak mereka, krna mmbawa sgala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang Berkat) itu hingga terbit Fajar!
(al-Qadar :1-5)


Ok, smua tahu Rmadhan ni bulan turunya Al-Qur'an.. tp perasan x org slalu cakap17 Rmadhan ni turunnya Qur'an...

1. "turunnya Al-Qur'an dibawah" (mksud dia kt dunia,tp x mention pun kat mana Qur'an ni 'parking')
atau
2. "(turunnya) Al-Quran di dalam Gua Hirak, Puncak Bukit Jabal Nur, Mekah Al-Mukarramah di waktu malam di bulan Ramadan"

sebenarnya salah jugak.. Al-Qur'an ni sebenarnya (sebuku, selengkap, sebuah) terus lengkap 114 Surah dari Luh Mahfuz,turun pada malam 17 Rmadhan tu ke dunia iaitu di Baitul Izzah.. dimana Baitul Izzah, ia dikatakan di langit dunia dimana hanya Allah shja yg tahu...

Kmudian barulah Jibril datang membawa potongan ayat Al-Alaq 'Iqra' kpd Nabi Muhd SAW. dimna ketika itu,bginda berada Gua Hirak..ayat Iqra ini dbawa dr Baitul Izzah td oleh Jibril.. selepas pada itu, ayt Qur'an dtrunkan sedikit2 kpd Nabi Muhd SAW samaada ktika brlaku peristiwa atau tnpa sbarang peristiwa..

Dan tempoh  Nabi Muhd SAW menerima ayat-ayat Al-Qur'an secara berperingkat itu selama 22 tahun, 2 bulan, dan 22 hari.. Semua org tahu Baginda kesayangan kita umi, iaitu buta huruf.. tapi terfikir x kita kenapa org yg buta huruf tu pilihan Allah...? ya btter kita jgn fikir sbb itu akan menggugatkan akidah dan keyakinan kita terhdap Allah..

Salah 1 cara orientalis barat nak kita tgugat dgn Allah SWT dgn cuba mmbuat ksimpulan yg Allah SWT kita 'silap' memilih Nabi...silap mmilih Khalifah @ idola umat islam kerana Nabi Muhd dpilih utk mmbacakan Al-Qur'an,sdgkan bginda tidak pndai mmbaca...

Allah SWT lebih bijak lg maha kaya... kalau Nabi Muhd pndai mmbaca, orang kafir mesti akan ingat ayat2 Al-Qur'an semua dtulis sndiri oleh bginda.. ayat2 Qur'an yg indah lg hebat, mustahil dtulis dan dcipta oleh org buta huruf..kan? Subhanallah... tiada apa yg lebih smpurna mlainkan Allah SWT...Allahuakbar!

Jom lah kita sama2 beribadah dengan lebih bnyak dan smpurna.. smoga amalan kita dterima Allah,amin... jgn la puasa tnpa solat.. sgguh hina org puasa tnpa solat. takda apa yg dia dpt mlainkan lapar dan dhaga... org tidak puasa dan tidak solat lebih la hina..

solat @ puasa, mna lebih d utmakan? yaAllah... mstilah solat... pntingya solat.. mati nnti soal2 utama d'ambil kira is solat... puasa amalan yg dturunkan melalui Al-Qur'an mlalui rukun Islam.. tp solat? Nabi Muhd SAW sndri dbawa berjumpa face to face sndiri dgn Allah utk mmaklumkan ibadah tsebut.. dsini kita lihat btapa pentingya solat.. Subhanallah...
Salam Ramadhan... dan
Salam Nuzul Qur'an.. :)
Assalamualaikum wbt...

Monday, August 6, 2012

Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku rajin sikit, nak story kelebihan ramadhan.. benda ni basic je kan? yup! sua orang tahu, cuma aku nak tulis sedikit huraian bsama riwayat sohih.. klau xda sohih pun smua org Islam mesti la da paham.. ala...trima lah sikit kerajinan aku ni.. hehehe.. ok, ramadhan penuh keberkatan ni memang lah semua umat Islam sambut kan... tp perasan x pbezaan kita dgn bgsa arab? klau tsempak kwn tepi jalan then wish rmdhan al-mubarak, MASIH (sdikit ja,xsmua)ada jugak yg selit ayat "salam rmadhan, slamat hri raya, maaf zahir batin..mna tau esok dah mati,xsmpat bmaaf2 dah" ermm....bgus tu mmg..sbb kita mminta maaf.. bnda ni xsalah pun. tp bbeza pulak dgn org2 arab... klau wish rmdhan btemu kwn dtepi scra tiba2 "yaaa asdiqa',tahaiya rmadhannn!" smbil bsalaman... simple, haha... lucu kan.. tmasuk lah aku.. bukan kata kt org,kata kt diri sndiri... hee hee... so mreka lgsung x pkir ttg Hari Raya..mreka smbut Rmadhan lebih mriah dr Hri Rya.. tapi,tapi tapi...bgus jgk sbenarnya kita ni..mmg btul apa,mna tahu esok dah nk mati..minx maaf lah siap2.. cuma ayat maaf zahir batin tu..tnyata utk HaRi RaYA....HAHA..

(sambil menonton Spongebob, lawak! hahaha... )

okeh! Ternyata Rmadhan menjamin keselarasan umat Islam seluruh dunia samaada di utra barat tmur slatan, ada ja muslimin dan muslimat sedang berpuasa, berbuka puasa, brterawih, bersedekah,  bersahur, sdg mmbaca al-Qur'an dan pelbgai amalan ibdah utk mraikan bulan Rmadhan... kesatuan dan perpaduan Umat Islam tnpa mngira bgsa dan warna kulit adalah sgt pnting... tp prpaduan Islam kita skrg ni xda lgsung.. sbg cntoh depan mata ok, apa yg blaku d Rohingya Mynmar, negara mna ja yg ambil berat? krjaan Iran dan Pakistan je... negara ISLAM iaitu jiran Mynmar sndiri, Mlysia dan Indonesia,apa responds? Ngo2 je bnyak ambil berat bdan yg bukan krjaan! M'sia & Indonsia, krjaan mreka sndiri lgsung xda inisiatif untuk mmbantu,stakat bg no.akaun bank utk kita sdekah..ya itu mmg bgus..tu tggungjwb kita jgk,tp sbg bdan krjaan yg besar,kita cuba la ikut negara Islam yg lain, suarakan di sidang perlimen ke, sekat pniagaan2 ngra Mynmar dgn kita ke, halau pkerja2 Mynmar yg ada kt negra kita.. Kesian kan? xsmpai hati kan? haaa...cuba pkir diorg yg bunuh saudra2 kita dsana! mreka lebih kejam!!! Lgsung xda belas kasihan! wei stakat bincang hal Rohingya ni kat TV..org barat pun boleh mmbincang kan je beb... -..-

emm...rasa mcm topik tsasar je ni..tp msih dlm konsep Umat Islam kan? hehe...yela, bulan Ramadhan kot, smua kena muhasabah...jgn pikir apa yg blaku and ada skrg ni dah ckup bgus tau... pnduan Al-Qur'an dan Umat dah x sjagat...xslari lg..skrg lah zman yg dmaksudkan Akhir Zaman... hmm....peringat utk diri sndiri sama ni... ok dah, ganjaran2 Puasa dia Bulan Ramadhan:

1. Pintu syurga dibuka, dan pintu neraka ditutup.

"apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu2 syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan" (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Diampun segala dosa yang lalu.

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu" (Hadith Riwayat An-Nasai'e)

3. Pahala berlipat ganda.

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman : 'kecuali puasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku'.."  (Hadith Riwayat Muslim)

4. Jauh dari api neraka.

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari apai neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

5. Perisai dari siksaan.

"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka" (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

6.Doa sangat mustajab.

"3 doa orang yang sangat mustajab, doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang musafir" (Hadith Riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

7. Masuk dalam syurga.

"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa  masuk daripadanya(dan) tidak seorang pun selain mareka memasukinya..."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

8. Beroleh 2 kegembiraan.

"...Dan bg orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dgn waktu berbukanya dan apabila dia bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya" (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

ok,selamat beribadah semua,tinggal 14 hr je lg utk kita beramal... dan Salam Nuzul Qur'an.. InsyaAllah nnti malam aku post ttg kejadian Nuzul Qur'an yg sbetul2nya kejadian. InsyaALLAH!!! Assalamualaikum.... :D

Friday, June 29, 2012

Bendera Hills

Assalamualaikumm wbt...

yess! on this friday night, i have been settled my job my respnsblity as muslim! muslimin & muslimat yg lain,da sttle ke? then tmorrow dont 4get bca surah al-kahfi k.. honestly lah aku mmg loamy giler nk bca surah tu sbb pnjang sgt2,,lg pnjang dr surah yasin..but actually klau buat ikhlas demi Dia, insyaAllah..pnjang mna pun ayat,smua msti xsdar... it doesnt matter la,tup tup haa! da nk hbis! pcya lah~~...sdikit info:


1.Abu Sa`id al-Khudri Radhiallahu`anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallallahu
`alaihiwasallam bersabda:
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan Cahaya di antara dua Jumaat."
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan Jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya"
3. Daripada Abu al-Darda 'bahawa Nabi sallallahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa yang menghafaz Sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal".

IF ALLAH WILLING IT, INSYALLAH!

so now tiba utk online! heh..heh.. (sambil lyan lgu butterfly-melly ft andhika) haa,,dr hr tu ak ckp nak msuk gmbar2 msa g bukit bndera ke blog,tp asyik lupa dan sbenarnya malas sama..Hihi.. p dgn rakan2 zman skolah mnengah, sape lg lah klau bukan si Nadia, Afiqah & Munirah tu.. actually ada ja yg lain nk ikut,tp ada ja problems nya.. xda duit la most prblem yg asyik kluar..ini main point ok,haha.. xkisah la,,jnji kwan ingat kwn pun sudah ckup... bg aku,xsmestinya kluar dgn kwn tu adlah kwn yg tbaik,, jnji d hti ni xlupa sudah memadai... ;D

19jun 12 (slasa) travel lah 4 mnusia ni ke bukit bndera, penang. mula rncang nk ke pulau jrejak, ai cik kak, pulau nu utk couple & jungle trekking je,,klau nk tgk indah alam, tmpat lain boleh lah.. tp ak sbenarnya xksah lgsung,p mna pon ok.. ak ni bgus,xmngada.. kih3.. plus kwn yg nk g,xkan kita nk ckp xnak kan..xbaik,hti msti kna jga jgk..sbb ak pnah g,so ak tahu lah mmg xbest klau stkat p utk 1 hr.. dsana ssuai g utk 3 hr 2 mlm ke,,ada pkej2nya...

sesampai dsana naik lah trainnye..silap xbawa kad plajar, so pd ssiapa yg nk ke sna bwa ja kad pljar ka,kad apa2 pun xpa,,so dpt la murah... naik tren p & balik 4rgt je,, hey naik bas rapid pon lg mahal ok! haha..mnyesal pulop xbwa kad pljar! -__-

back ticket

front ticket


here we goo! from left nadia, ikah and muni..

yummyy..chicken rice RM 5.00 -__-

on canyon height@hill.. hee

ohh please,another peace..camwhore!

just walking and snapping our memories..

again at Bazaar road..

ferry cabin, oh titanic not here ok..haha

again to camwhore.lets pray! <3

ok la sdkit sbnyak kami enjoy la jgk,, tp masa sgt mncemburui.. dlm 1 hr dpt g bukit bndera, bazaar & pdang kota, plus extra naik kabin fery..dlm 1 hr,ok sgt la tuh..rasa nnti nk p lg,,lbih ramai dgn lbih advnture tu! cewah! hehehe... dah plnning msing2 stju nk hiking pulak, b'khemah & trokai lautan alam.. hope Allah willing lah, g rmai2 travel ke pulau tioman ke, pulau pangkor ke,, sronok tu,,duit pun kna bnyak simpan la pika aii... huhh! duit oh duit.. mna mau rompak hah? hehe...
have a nice day friends...assalamualaikumm..... ;)

Thursday, June 28, 2012

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN

[repost]

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.




Monday, June 25, 2012

ohh aisyy krimm!

Assalamualaikum..

NOW ni dah msuk hr isnin,aku cuti! yess! sbb pg nnti nak hntar adik ak g kedah..so bleh2 jalan2 skali kt sana.. tp ak tpikir,apa yg ada kt kedah tu? ak jrg bjalan so mmg xtahu tmpat2 kt belah Alor Star sana.. otak ak klau sbut kedah, lgkawi jela yg wujud.. hehe..

jujur la ak ni murah snyuman sikit..hmpir smua pkguard pcific ak snyum tegur2.. yg mna ok,mmg ok la..tp yg mna pkir lain mcm ni tiba2 prasan & mlmpau2 pulak.. tu yg pling ak mluat.. dah kita buat baik,dia lg nk lebih.. srius geli..ada smpai dlm 1 hr lalu dpan ak dkat 10x.. think psitif diorg kna jalan mrata2.. k fine.. herrhh..

tp apa yg ktara td,tiba2 dtg dpan aku ckp "brapa percent kasut ni?" ak pun jwb "xda prcent2 pun, mmg hrga 19rgt" jwb smbil snyum sbb msa ni xdpt dtect lg 'kgatalan' dia tuh! then dia jwb "nak beli mcm mna marka pon xdakk.." teroossss ak dah pkir hah sudah gtal rupanyaa! then dia tnya lg "dah kahwen blum?" euurrr....geli sgt... ak xmmpu nk bt apa mlainkan bjalan plahan2 ke blakang.. dia tnya lg  "student lg ka?" (msa ni da jauh) ak pun angguk.. itu yg bt ak nk muntah hr ni..

tp apa yg lawaknya hr ni,lain pulak. mcm biasa bila rehat tmpat aku d surau.. dlm pjalanan tu ak akn mlantak dulu.. tiba2 hr ni trasa nak makan ice cream! then ak beli lah ice cream mcD yg tmbah coklat d atas tu.. lpas tu jalan la kaki dgn makan ais krim bsama hati yg riang mnuju ke surau.. spnjang pjlanan, ade je mnusia nk pndang aku..

tahu x,bila ada org pndang2..kami tmbah2 wanita ni mudah prasan,TAU TAK!!! Ya Allah..ak xsdar yg ak sdang mmalukan diri sndiri..smpai je kt surau.. tiba trsa nk pndang cermin..yela, mna tahu ada apa2 yg jelik buat org nk tgk2.. skali mmg pon!!! gara2 chocotop tu mmg mulut ak sgt comot! aarrghhh!! balik surau ak xlalu dah jalan td! sggup ikut jln jauh sikit! malu punya pasal!



gmbar di atas ni still tkawal lg.. mula2 comot tu lg truk! ni kira da ok sikit,yela tpikir nk bwa msuk blog..bg la xcmot sgt..msti la nk smpurna saja kan,,,hahaha... :P

Sunday, June 24, 2012

"Muhammad sudah wafat"

Asssalamualaikumm... 

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'

OLEH: DATO' DR. HAJI HARUN TAIB

Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

Kaedah Usululfikh

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”....

[repost by End Justice]

Thursday, June 21, 2012

why not stisfied?

assalamualaikum..

masuk hr ni, dah 1 bulan 20 hr aku kerja kt Yong Tai tuh.. & makin lama ak rasa makin xkena..
mungkin makin lama dia tahu ak jenis xkisah.. so ak rsa mcm dperbodoh dan dbuli..
ada masa dia nmpak baik, pd msa sama dia juga mnyakitkan hati aku.. spe lg klau bukan spervisor ak.. Bos ok je..bukan slalu dtg pun.. so xda mslah sgt la..

actually ak xsuka cara dia mnegur org &bajet perfect pun ada jgk.. dia prempuan b'bgsa cina. so fhm2 la,  dah la xsama agama, lg la bleh masuk.. plus pmikiran ak ni,klau org pmpuan lead 1 group, mmg xkan ok punya.. tu mindset ak la,org lain ak xtahu la.. sbb pmpuan ni cpat mrah & mlenting.. then klau nk cuti pun bkira sgt... bukan ak nak mngata dbelakang dia, tp mmg nmpak.. & sakit hati jgk sbenarnya..

ak pnah tdengar pgaduhan dia dgn adik dia mngenai prubahan waktu rehat,,dia ubah time rehat adik dia,,tp x inform..x ke bodoh tu? sory la, budak2 pun bole pkir kot..msti la yg adik dia bengang.. msa dia da tbuang bnyak sbb xsdar wktu dia rehat dah smpai..

lntak dgn kisah adik bradik.. skrg ak nk crita sbb ak trasa sgt dgn spervisor ak tu,mula2 ak stil fkir positif tau..ak stil xksah.. tp apa blaku hr ni, ak da nmpak yg dia mmg bnar2 xpuas hti ak.. yg ak nmpak ptama skali hr tu, dia sgt marah ak dtg lewat 6 minit... (ok itu mmg salah ak!) ak minx maaf..tp ada kau tnya ke sbb apa ak lewat? then ak minx p toilet sbb ada mslah wnita ni, then dia mrah lg.. yaAllah, klau kau ni phm stuasi seorg wnita btul2 dmana kau pun seorg wnita, kau akn fhm knpa ak lewat & perlu jgk ke toilet msa tu! knpa marah sgt ak nk ke toilet ni?

tu 1,xdela ktara sgt mula2...tp dgn ak yg snsitif ni,mmg trasa sgt2 la.. plus klau dia mrah ni smua staff dngar.. msti la ak malu.. second yg ak nmpak dia mmg sngaja nk kenakan ak, masa nk balik tgh agkat beg nk kluar baru dia bg tahu ak kena sttlekan (sapu & mop) lntai bhagian budak.. sdgkan b4 balik dia nmpak je ak sapu smpah bhagian ladies,apa sal dia bg tahu awal2? dia sngaja nak biar ak sapu & mop lntai pd hr & masa yg sama spaya ak lewat siap & penat lebih.. bhagian budak plak tsangatlah luas & complicated! mmg ak sgt penat..ak xksah la,,tp ak kisah sgt dgn prangai dia tu,,ksian org lain klau prangai dia trus mcm tu..

klau dia bg tau ak awal2,malam tu b4 balik ak boleh la sapu siap2..esok pg trus mop ja,, mnyapu pun lama, mop lg lah take time..ak klau mncuci ni mmg cuci sgguh.. so mmg mkan msa yg sdkit lama la.. ak jd panas sbb dia boleh snyap ja,,tggu blik baru nk ckap.. xke prangai mcm..hisyy,,, ak mmg bengangg.. tp hr buat kerja tu,ak mmg buat cpat2 & stil buat happy...biar dia lg bengang!! dia ingat ak nak buat muka la tu klau keja bnyak,sorry la,,i pun pnah hdup susah..u kenakan org yg silap! tp dia bjaya buat ak sakit hati!



then bru2 ni pulak, dia marah ak lg sbb ak g toilet lama.. mungkin dia berak hnya 4-6 minit je kot,, sbb normal org berak mmg skit lama.. mulanya b4 nk p toilet, ak kna buka pintu bhagian tepi, lpas ak buang air baldi,ak p la nk buka bhagian tepi tu,skali Ah Ting (adik dia) da tlg bukakan.. so ak trus lari ke toilet mmg prut ak buat hal sgt time tu.. lpas je sttle,ak msuk ja kdai dia mrah sbb p toilet lama & xbuka pintu! subhanallah..sabar jela,, dia x tahu ak p toilet mula2 buang air baldi,then msuk kdai balik.. dia x nmpak tp main serbu ja nk mrah! ak cuba nk explain tp dia still pot pet2 bckap dgn ala2 cina tuh! srius ak jd mluat! ak mnusia biasa.. mmg cmfem lah ak menyumpah dia dlm hati! lgsung xnak dngar kterangan ak!! betol la ak ckp, bila ada pgkat ni, org yg bawah benar pun jd salah! xguna!!

ak pnah beli 1 helai bju hr tu yg hrga 31rgt tu,, dia geleng2 kpala.. nk tnjuk ak ni truk sbb buang duit, helo at least ak beli bju ni bganda2 snonoh dr pmakaian kau la! then yg kau tu asyik kuar ke gurney, wayang dgn bf la,pun buang duit jgk! dia ckp dia kkak sulung & prlu tggung fmily dan bukan org snang..so dia nk pndang ak ni mcm xreti bjimat sbb ak ni pun kkak sulung.. dia xsdar dia tu buat apa..

pnah skali ak lupa tukar pkai sliper, sbb ak mmg p toilet pkai tukar sliper sbb xnak ksut & stokin basah.. then hr tu bsah,dia kata kt ak lg,tgur knpa pkai sliper..ak jwb la "i kan p toilet td,so bsah la.." pdhal ak tgk kdg ade ja staff lain pkai sliper,,xtgur pulak..dah tu tgur ak dpan2 org lain sngaja nk kenakan ak! then dia buat muka pelik dan ckp "hah? mcm mna p toilet boleh bsah?" ak rasa ni soalan paling bodoh yg ak trima dr mnusia! & AKU LUPA yg diorg ni xbsuh! guna tisu ja!!!!! cmfem lah x BASAH!!!!! soalan dia tu ak xjwb mlainkan snyuman ja ak buat..sbenarnya tgh bengang!!!

AND hr ni yg ktara nya dia xsuka kt ak what,, ingat lg x Ah Boon... ah boon yg kerja da lama pun tkejut dgn wktu rehat ak! sbb dia letak jdual rehat ak pkul 12tgh hr! spatutnya budak kerja Morning kena rehat pkul 2pm @ 2.30 pm ja! sbb nak pkerja bdiri 4-5 jam ja.. tp td ak kena bdiri 7jam tnpa rehat lgsung... bdiri ja,tggu plnggan.. dduk pun xboleh.. ak tnya Ah Boon, b4 ni ada x kerja moning dpt rehat pkul 12,dgn jjurnya mmat tu jwb xpernah.. trus ak tsedar dgn ykinnya dia mmg sngaja nk bg ak pnat & tnsion.. mmg la ak pnattt..tp thn ja sbb ak rsa ini ujian Allah jd ak redha ja...ak pkir ujian ni bru sikit..so abaikan..tp yg pasti mmg bnar lah dia xpuas hti dgn ak.. & ak nk tgk apa lg dia nk buat lpas nih..

ak rsa dia suka tgk ak pnat,malu,sdih & tnsion.. tp xpa,,ak akn pretend happy slagi boleh,biar dia lg bengang & xsuka..ada ak kesah? bnyak lg kdai kt penang ni,,fist sight ak kt dia slama ni sbenarnya xbenar sgt pun.. dia bukan insan yg ak pkir..dulu ak pkir dia bnyak positif,now? huh,even more than ngativ! sbb da bjanji 3 bulan, so sbar je la pika...hhm... -_- ..hurrm.. hrap akn mnjd baik 1 hr nnti, insyaAllah... :)